BUSINESS PLAN - AGROPRENEUR MUDA KELULUT (2022)

RANCANGAN PERNIAGAAN

(Bisnes Plan)

PROJEK TERNAKAN KELULUT

DIKAMPONG PARIT AMAL,MUAR, JOHOR

DIBAWAH PROGRAMAGROPRENEUR MUDA

Oleh:

MOHD AMIN BINHASAN

No 66, KampongParit Amal,

Jalan Temenggong,Muar,

86200, Johor

Kertas ini disediakanuntuk permohonan Projek Ternakan Kelulut

(Trigona spp) dibawahProgram Agropreneur Muda Kementerian

Pertanian danIndustri Asas Tani Malaysia

__________________________________________________________________

RINGKASAN ESEKUTIF

Kertas RancanganPerniagaan (RP) ini disediakan untuk melaksanakanprojek ternakan kelulut (Trigona spp)di Kampong Parit Amal, Muar, Johor dibawah program Agropreneur Muda LebahKementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Cadangan projek ini dimajukan berdasarkankepada potensi projek kelulut yang mampu menjana pendapatan yang baik berasaskananalisa kewangan. Kertas ini akan dihantar kepada Jabatan Pertanian untukdiproses untuk mendapatkan kelulusan.Pinjaman dan bantuan modal projek dipohondaripada AgroBank atau TEKUN bagi mendapatkan 70% pinjaman dan 30% bantuangrant daripada Program Agropreneur Muda Kementerian Pertanian. Projek ini akandilaksanakan mengikut Pakej Teknologi Agropreneur Muda kelulut melibatkan 100kotak kelulut dengan anggaran pendapatansebanyak purata RM7,209 iaitu ia melebihi RM5,000 sebulan.

__________________________________________________________________

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

1.

RINGKASAN ESEKUTIF 2

2.

KANDUNGAN 3

(Video) Cara Mohon Program Agropreneur Muda | RM20k - RM200k

3.

PENDAHULUAN 4

4.

TEKNIKAL 5

5.

PEMASARAN 6

6.

PENGURUSAN 7

8.

KESIMPULAN 8

9.

LAMPIRAN 9-14

9.1

Peta lokasi penternakan kelulut di Muar

(Video) Pembiayaan Agropreneur Muda.... Jom kita lihat dan dengar....

9.2

Surat kebenaran daripada pemilik tanah

9.3

Sijil Kursus Agropreneur Muda Kelulut

9.4

Cashflow Penternakan Kelulut

__________________________________________________________________

  1. PENDAHULUAN

1.1

MAKLUMATPEMOHON

Nama Pemohon : MOHD AMIN BIN HASAN

No Kad Pengenalan : 900312-01-5455 (25Tahun)

Tempat Lahir : Muar,Johor

Alamat Rumah : N0 66, Kampong Parit Amal,

Jalan Temenggong, 86200, Muar, Johor

No Telefon : 013-7613455 (HP)

07-79687880 (Rumah)

Tahap Pendidikan : Diploma Pertanian (UPM)

Pekerjaan Semasa : Penyelia Jualan Pasaraya

(Video) PANDUAN PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA, MAFI

Alamat Bertugas : Econsave Supermarket Sdn Bhd,

Taman Temenggong, Muar,

Johor.

PendapatanSebulan : RM 1,800

Nama Isteri : Jamilah bintiWagimin

Bilangan Anak : 4 orang

Pengalaman : Mempunyai 10 kolonikelulut ( 3 tahun)

Kursus Rasmi : Sijil Kursus AgropreneurKelulut di Pusat

Apiari Sekayu,Terengganu (2014)

1.2

LOKASIPROJEK

Cadangan Projekternakan Kelulut (Trigona spp) ini akan diletakkan di Lot MR8573, MukimBandar, Muar, Johor kepunyaan Encik Hasan (Ayah) dan Lot MR4522, Mukim Bandar,Muar kepunyaan Encik Harun (Bapa Saudara) seluas 8 ekar. Lokasi projek danjarak sejauh 1.5 km daripada rumah kediaman pemohon (Seperti dalam lampiran 1). Pada masa ini saya meletakkan 10 kolonikelulut dalam kebun bapa dengan kawasan persekitaran adalah dusun buah-buahancampuran dan beberapa tanaman makanan kelulut yang sesuai. Berdasarkan prestasikawasan dan sumber makanan sedia ada, banyak lagi koloni kelulut bolehdiletakkan dikawasan tersebut. Satu kawasan lain berhampiran iaitu kebun bapa saudara boleh digunakan dimanapemilik telah memberikan surat kebenaran untuk mengusahakannya (Suratkebenaran gunatanah seperti Lampiran 2).Lokasi yang dicadangkan mudah diakses melalui jalan kampong dan jalan kebun dimanalokasi projek mempunyai tahap keselamatan dari sebarang gangguan. Bagaimana punbagi memingkatkan lagi tahap keselamatan kawasan kotak kelulut dan pondokdikawasan tersebut akan dipagar dan dikunci.

1.3

PENGALAMAN

Saya pernahmengikuti kursus Lebah Kelulut melalui Program Agropreneur Muda pada Oktober2014 di Pusat Apiari Nasional, Sekayu, Terengganu anjuran Jabatan Pertanian selama seminggu (Sijil Kursus disertakan –Lampiran 3). Saya amat berminat dengan projek ternakan lebah kelulut dimanapada masa ini telah mempunyai sebanyak 10 kotakkelulut yang diletakkanberhampiran rumah selama 3 tahun dulu. Selain itu saya mempunyai 5 kotak lebahkeran dan menjaganya dengan baik. Saya berpeluangbrberapa kali mengikuti lawatan teknikal projek kelulut anjuran JabatanPertanian dan lawatan persendirian di Kelantan, Kedah, Melaka dan Pahang.

  1. TEKNIKAL KELULUT

Projek ternakanLebah Kelulut Trigona spp merupakan satu projek yang baru dikomersilkandalam negara kita untuk kawasan dusun dan juga hutan gelam atau akasia. Selamaini sumber madu dalam negara bergantung kepada Madu Lebah yang diimpot dariluar negara dengan nilai jumlah impot melebihi RM45 juta setahun sedangkanpengeluaran madu dalam negara kurang daripada RM30 juta setahun. Kualiti maduyang diimpot atau pun keluaran tempatan banyak yang tidak tulin akibat mudahnyapengguna tertipu dengan Madu Tiruan. Pengguna kurang arif dengan bagaimanauntuk mengenali madu asli dengan madu tiruan yang ada dipasaran. Oleh itu jikapengeluaran madu tempatan dapat ditingkatkan maka ianya akan menjana pendapatanpengusaha dan KDNK dalam negara. Madu kelulut juga mempunyai khasiat yang lebihhebat daripada madu impot kerana kandungan nutrien didalamnya. Ia adalah jauhlebih mahal dipasaran berbanding dengan harga madu lebah atau madu impot.

IndustriPerlebahan di Malaysia dahulu hanya bergantung kepada madu dari lebah Tualang (Apisdorsata) atau lebah liar hutan yang tidak boleh diternak. Pemburu MaduTualang hanya akan mengutip hasil pada pokok tualang yang tidak menentuhasilnya. Kemudian diperkenalkan penternakan Lebah Keran (Apis cerana) dimana ia merupakan lebah tempatan yang kurangproduktif dengan penghasilan kurang daripada 5 kg/haif setahun denganpengurusan yang baik. Lebah Keran juga garang dan suka menyengat ketikapengurusan dilakukan. Pada masa ini daripada inforamasi yang saya perolehi,penternakan Lebah Impot (Apis mellifera) merupakan spesis lebah yangberpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan baru terutama jika diternakdikawasan hutan Akasia (Acacia mangium) atau dikawasan hutan pokokGelam. Produktiviti daripada spesis lebah ini paling kurang mampu menghasilkan6 - 10 kg satu haif dalam sebulan dengan pengurusan yang sempurna.

Kini penternakanlebah kelulut (Trigona spp) yang tidak menyengat ini (Stingless bee) lebihmudah diuruskan dan kurang risiko. Ini kerana lebah Trigona itama dan Trigonathoracica merupaka dua spesis kelulut yang telah dikenalpasti sangat sesuaidikomersilkan. Spesis kelulut ini merupakan jenis tempatan yang ujud secarasemulajadi dikawasan dimana persekitarannya sesuai. Teknologi baru penternakankelulut telah di sesuaikan dengan menggunakan Kotak Topping dimana membolehkankelullut menyimpan madu didalamnya. Kaedah menggunakan batang kayu merupakanteknologi yang sesuai digunakan walau pun penggunaan kotak haf juga lebihmudah. Ramai dikalangan usahawan kelulut kini bergiat secara individu,berkelompok malahan paling unik dengan cara komersial dan ada syarikat.Beberapa pengusaha ada menubuhkan sistem ’kontrak farming’ dalam penternakankelulut yangb boleh diikuti.

  1. PEMASARAN

Penternakan lebahkelulut secara komersil menghasilkan produk seperti MADU LEBAH KELULUT. Selainitu projek ini juga boleh menghasilkan produk lain seperti Lilin, Debunga,Propolis, Koloni dan banyak lagi. Komponen hasil madu lebah merupakan sumberutama pendapatan usahawan. Madu Lebah belum proses dan siap proses dijualdengan harga RM 200.00 sekilogram pada harga ladang. Harga ini akan lebihtinggi apabila dijual dengan madu siap proses dibotolkan. Madu kelulut keluaransaya akan di beri kenama ’MADU LEBAHKELULUT ASLI MUARA” dengan pembotolan 120 ml, 240 ml dan juga 300 ml. Hargaruncit bergantung jenis pembotolan diaripada RM 50.00 sebotol sehingga RM 120.00sebotol mengikut pembungkusan dan lokasi.

Pemasarandijalankan dengan jualan borong daripada tempahan pengedar di Muar, Melaka,Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu produk madu ini akan dijualruncit melalui premis jualan di premis R&R PLUS, Pasar Malam dan juga kepada individu yang datang. Pembekalan kepadapasaraya besar seperti MYDIN, GIANT, ECONSAVE dan sebagainya akan dikenalpasti apabila tahappenghasilkan mencapai maksima selepas tahun ke dua. Produk asas daripenternakan lebah madu akan diproses di premis atau pusat pengumpulan hasilmadu yang akan dilengkapi peralatanmoden. Sebahagian madu kelulut akan di ekspot ke Singapura dan negarajiran mengikut perancangan.

  1. PENGURUSAN

Projekpenternakan lebah madu kelulut akan dijalankan dengan cara meletakkan semua kotakdan ’kotak topping’ dalam satu kawasan dikhususkan dalam kawasan dusun campurandan dipasang pagar keselamatan. Pengurusan dan pemeriksaan kawasan letak koloniakan dilakukan sendiri oleh pemohon dan dibantu oleh isteri, 1 orang anaksaudara dan seorang pekerja upahan dengan bayaran gaji bulanan RM 900 sebulan.Perjalananan selama 15-20 minit dari rumah membolehkan pengawasan projek inidapat dilakukan dengan baik. Sebuah pusat mengumpul madu dan produk berasaskan madukelulut akan didirikan dikawasan tapak. Ia berupa struktur tidak kekal iaitumemadai dengan bumbung, tiang dan para serta setor untuk menjalankan aktivitimenuai hasil dan menyimpan peralatan perlu. Pemeriksaan biasa akan dilakukansetiap hari untuk kesemua 100 kotak/ haif terutama pada waktu petang, CutiSabtu dan Ahad. Bagaimana pun aktivitimenuai madu, memeriksa ratu lebah dan memecahkan koloni akan dilakukansepanjang hari oleh pekerja tetap dan pemilik usahawan bersama pada lewatpetang dan pada hari Sabtu dan Ahad kerana ada waktu yang panjang.

  1. KEWANGAN

Lampiran 4 menunjukkanAliran Wang Tunai atau Cashflow projek ternakan lebah kelulut dikawasan dusuntradisional yang disediakan oleh Jabatan Pertanian. Cashflow tersebutmenunjukan bagi mendapatkan pulangan sebanyak RM 7,209 iaitu jumlah melebihiRM5,000 sebulan (Sasaran Pakej Projek) yang perlukan sebanyak 100 batang kayu atau koloni kelulut. Madu kelulut akan muladihasilkan pada bulan ke 6 dengan aggaran hasil madu sebanyak 42 kgsebulan (Anggaran hasil meningkatmengikut masa). Jika anggaran harga madu lebah akasia sekitar RM 200.00sekilogram, maka anggaran pendapatan kasar tahun pertama sebanyak RM50,400dimana ia meningkat kepada RM100,800setahun pada tahun berikutnya.

(Video) Business Model for Agropreneurs - Nalini

Analisa kewanganmenunjukkan jumlah pendapatan kasar untuk cashflow 5 tahun sebanyak RM 453,600sedangkan jumlah kos pengeluaran sebanyak RM 127,795 yang memberikan pendapatanbersih sebanyak RM 325,804. Kadar Kos-Fadah (BC Ratio) adalah 3.55 bermaknaetiap satu ringgit dibelanjakan akan memberikan pulangan RM3.55. Nilai kini Bersih(NPV@10%) pula adalah RM 230,899 denganKadar Pulangan Dalam (IRR10%) adalah 4.27%. Anggaran purata pendapatan bulananprojek ini sekitar RM 7,209 sebulan iaitu mencapai sasaran program AgropreneurMuda Ternakan kelulut. Ini bermakna dari segi cashflow, ianya positif dan berdaya maju untukdilaksanakan.

Kertas inimencadangkan kos pembangunan dan pembelian alatan untuk 100 koloni dalam batangkayu dan kotak topping pada tahun pertama sebanyak RM51,710 dimana ianya bolehdipohon daripada pinjaman AgroBank atau TEKUN. Kadar pembiayaan melaluipinjaman sekitar RM 50,000 (70% daripada kos projek melalui pinjaman) danpermohonan melalui bantuan daripada MOA sebanyak RM 15,000 (30% daripada kos).Anggaran bataran balik akan ditentukan oleh pihak kewangan dianggarkan sekitar RM 800 sebulan.

  1. KESIMPULAN

Pelan Perniagaanatau Bisnes Plan yang disediakan ini berdaya maju dimana ia adalah projekternakan kelulut dikawasan dusun bercampur di Kg Parit Amal, Jalan Temenggong,Muar, Johor yang akan memberikan pendapatan selaras dengan konsep Pakej Projek Agropreneur Muda Lebah Kelulut. Projekini akan memberikan pendapatan bulanan sebanyak RM 7,209 sebulan untuk selama 5tahun seperti dalam cashflow. Pengeluaran Madu kelulut ini merupakan jenis maduyang berkualiti dan asli dimana ia boleh dijual dalam negara atau pun untukpasaran ekspot. Projek ini akan dibiayaioleh pihak Bank dan MOA.

Disediakan oleh:

Mohd. Amin bin Hasan

No 66, Kampong Parit Amal,

Jalan Temenggong, Muar,

86200, Johor (013-7613455(HP)

9.LAMPIRAN

9.1 Peta lokasi cadangan Projek kelulut KgParit Amal, Muar,

Jalan,Temenggong, Johor.

9.2 Surat Kebenaran Menternak Kelulut Lot MR4522

9.3 Sijilkehadiran Kursus Kelulut Madu di PusatApiari Nasional,

SEKAYU, TERENGGANU

9.4. Anggaran KosPengeluaran dan Pendapatan (Cashflow Kelulut

__________________________________________________________________

KERTASKERJA INI DIPAPARKAN SEBAGAI 'TEMPLATE' KEPADA BAKAL USAHAWAN AGROPRENEUR MUDA KELULUT YANG INGIN MENCEBURI DALAM INDUSTRI TERNAKAN KELULUT DI MALAYSIA. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PENULIS. WASALLAM!.

By,

M Anem,
Senior Agronomist,

Institut Latihan Pengembangan Pertanian,

Jabatan Pertanian, Serdang, Selangor,
MAlaysia.

(25 Syaaban 1436H)

Videos

1. WEBINAR - Mudahnya Geran Agroprenuer Muda (GAM)
(SMaju Agro Venture)
2. 7 MOST Profitable Agribusiness Ideas In 2022 worth Millions (Worldwide)HD|Agriculture Business ideas
(Agribusiness Insider)
3. GoGettaz Agripreneur Prize 2021 - Final Pitches
(Generation Africa)
4. Agriculture ministry wants farmers to venture into online platforms
(BERNAMA TV)
5. Agenda AWANI: Anugerah Agropreneur Mikro 2019
(Astro AWANI)
6. Grow Her Launch: Full Webinar (Language: Bahasa Indonesia)
(Grow Asia)

You might also like

Latest Posts

Article information

Author: Rueben Jacobs

Last Updated: 09/11/2022

Views: 6456

Rating: 4.7 / 5 (77 voted)

Reviews: 92% of readers found this page helpful

Author information

Name: Rueben Jacobs

Birthday: 1999-03-14

Address: 951 Caterina Walk, Schambergerside, CA 67667-0896

Phone: +6881806848632

Job: Internal Education Planner

Hobby: Candle making, Cabaret, Poi, Gambling, Rock climbing, Wood carving, Computer programming

Introduction: My name is Rueben Jacobs, I am a cooperative, beautiful, kind, comfortable, glamorous, open, magnificent person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.